BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 15 June 2012

MUTIARA KATA


Nilai persahabatan itu besar. Tidak ramai yang berani menilaikan sahabat yang sebenarnya.Sahabat yang baik adalah sahabat yang sudi menasihatkan kita dengan baik, mengajak kita kebaikan, yang berkongsi kasih sayang dengan keikhlasan dan JUJUR ini paling penting.
Besarnya persahabatan itu, dikala susah, menangis bersama dan merasa duka bersama, Dalam kegembiraan, dia sudi mendengar kegembiraannya dan selalu mendoakan sahabatnya bertambah kebahagiaan. Ada berapa kategori persahabatan yang harus kita ikuti iatu-
  1. Buat pilihan dalam persahabatan. Yang mana sahabat yang boleh kita buat kawan. Jika kawan itu menimbulkan sifat negatif seperti menikam dari belakang, cakap belakang tentang keburukan kita, dalam baik menjahanamkan kita, menghasut kita buat kejahatan, memutuskan silaturahim, selalu mengajak kita ke jalan maksiat...cubalah jauhkan diri.
  2. cari sahabat yang boleh membawa kita jalan yang benar dan di redhai Allah. Sama sama buat kebajikan, sama sama buat kebaikan. Jangan pentingkan diri sendiri.
  3. Dekat dengan sahabat yang boleh dipercayai. Ada boleh dipercayai tapi tidak jujur dan ikhlas. Ada boleh dipercayai jujur ada tapi ikhlas tak ada. Ada yang ikhlas tapi jujurnya kurang. Ada yang sengaja buat jujur dan ikhlas padahal hanya lakonan disebaliknya cuba menghancurkan. elakkan merapati orang seperti ini, tapi masih boleh berkawan jangan buang kawan sedemikian cuma berhati hatilah.
  4. Carilah kawan yang mengajar kita sentiasa muhasabah diri dan merendah diri. Biar wajah tak kacak, cantik jelita.. asal hati baik beb. Kecantikan jiwa itulah yang harus kita miliki, tidak melagakan diri....siapa cantik siapa hodoh. Dimata Allah semua cantik, yang tak cantik tu jika akhlaknya  buruk. Astaghfiruallah.
  5. Carilah sahabat yang sejuk mata memandang. Senantiasa tersenyum. Lupakan masalah, lupakan stress...jumpa sahabat kita.. kita lebarkan senyuman kalau boleh dengan senda gurau. selepas itu ingin bercerita tentang stress atau masalah...teruskan.. TETAPI....jangan kita saja asyik suruh dia mendengar..kita pun harus mendengar juga. maksudnya kita memberi dan kita juga harus menerima.
  6. Jangan bertepuk sebelah tangan. Bila kasih sayang itu bertukar dengan cinta.. ( ini untuk sesiapa yang terpikat pada sahabatan lawan jenis ). Pastikan Dia lebih sayang kita dari apa yang kita sayang. Jangan berharap cinta dibalas nanti kecewa. Jujurlah padanya yang anda cintakan dia, bincang cara baik dan mentaliti harus bersedia. Kalau cinta anda ditolak, anda tidak merana dibelakang hari. Bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Jangan merampas hakmilik orang lain dan berlaga laga ( competition ) seperti Best Man/Women win. Berdosa besar!!
  7. BERSIH, AMANAH, JUJUR DAN BIJAKSANA. Bersih dari segi hati dan jiwanya, tiada hasad dengki dan iri hati. Amanah.. sentiasa pegang pada apa yang diamanahkan. Jujur ..JANGAN BOHONG!! sekali bohong tidak ada sesiapa yang akan percayakan kita.  Bijaksana... bijaksana dalam pemikirannya, bersikap terbuka dan terus terang tidak ada sembunyi sembunyi dan tidak ada rahsia rahsia kecuali apa yang harus dirahsiakan seperti hal rumahtangga, hubungan suami isteri kalau boleh jangan cerita rahsia rumahtangga dengan orang lain terlalu banyak bisa datang kemudaratan kecuali jika minta nasihat dan pandangan.
  8. cari sahabat yang boleh terima apa seadanya kita. Jauhi sikap sikap sombong dan riak.
  9. Jangan ambil kesempatan dari kebaikan orang lain. Belajar dari kesilapan dan membaiki dari masa ke semasa.
  10. Jangan sampai memutuskan silaturahim ... eratkan silaturahim sesama kita.. seperti hadis dari Rasulullaah s.a.w kata abu hurairah r.a " saya mendengar Rasulullaah s.a.w bersabda " siapa yang ingin rezekinya diperbanyakan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahim.
Semoga kita ambil iktibar dan mendekati diri kepadaNya amin amin amin ya rabbal alamin.

wallahualam

salbiah sirat

kalau ada yang ingin menambah isnyaallah silakan.. k sebenarnya banyak, kalau banyak sangat ...pening kepala akhirnya tak berkawan alahai......

0 comments:

There was an error in this gadget

tekan more untuk bagi makan

Lawatan kl Melaka Slideshow: Harimau’s trip from Sungai Petani, Kedah, Malaysia to Kuala Lumpur was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA