BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA KEPADAS SEMUA UMAT ISLAM MAAF ZAHIR DAN BATIN ANDAI ADMIN TERSILAP TUTUR KATA TERKASAR BAHASA MAAFKAN YE BYE


Saturday, 30 June 2012

asaalamualaikum

alhamdulililah setelah sekian lama mewakili nasyid bagi negeri perlis sekolah rendah islam 1 akhirnya menjadi johan festival nasyid kebangsaan kpm 2012 tahniah di ucapkan mari kita tengok video di bawah nie

Saturday, 16 June 2012

selamta petang semua

Friday, 15 June 2012

pertemuan dan perpisahan

Mengapa mesti ada perpisahan
Jika pertemuan itu mendamaikan
Mengapa mesti ada perselisihan
Jika kemesraan itu membahagiakan
Mengapa mesti ada kesedihan
Jika rindu itu menggembirakan
Pertemuan denganmu amat membahagiakanku
Perkenalan itu amat menggembirakanku
Kehadiranmu memberiku seribu makna...
Namun...sayang seribu kali sayang..
Jiwaku mati kini
Mimpiku ternoktah di sini
Kala engkau tiada lagi di sisi
Air mata gugur membasahi pipi
Kerna sayang itu tetap bersemi
Menemani hari menyulami hati
Walau tidak lagi kau sirami....

PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK


 Assalamualaikum semua. Selamat pagi, petang, siang, malam. Okay, hari ni aku nak bercakap mengenai Sahabat. Well, korang semua mesti la ada sahabat kan ? Paling tidak pun, mesti ada seorang sahabat kan ? Kalau yang tak ada sahabat tu, it must be something goes wrong somewhere la tu. Semua orang ada kawan, semua orang ada sahabat.



Apa yang aku nak ceritakan pada hari ni, apa yang korang semua faham mengenai PERSAHABATAN danSAHABAT YANG BAIK. Bagi aku la, dalam sebuah persahabatan tu, kita semua kenal sahabat kita macam mana, perangai dia, cara berbual dengan sahabat, tahu masalah sahabat kita dan bantu dia, senang cerita dalam semua aspek la. Sering membantu antara satu sama lain. Sahabat yang baik pulak, lebih mengenali kita macam mana, dapat tahan dengan perangai kita dan kawan kita, boleh bertolak ansur, dapat memaafkan bila ada salah faham dan kesalahan. Lebih kurang macam tu la. Namun, agak pilu apabila kita tersilap langkah dan terbuat sahabat kita kecewa terhadap kita.


Secara jujur, aku memang pernah mengecewakan sahabatku. Aku betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi. Tapi apakan daya, nasi dah menjadi bubur, takkan pernah dapat kembalikan semula bubur tu untuk menjadi nasi semula. Begitulah apa yang terjadi pada aku sekarang. Namun, aku redha dengan ketentuan-Nya. Apa yang berlaku pada aku tu, tak penting la, biar aku je yang tahu. 
 

 
Mungkin juga ada hikmah disebaliknya. Okay, selepas ni aku akan lebih mengutamakan beberapa ciri-ciri sahabat yang baik ini. 
1) Setia dalam persahabatan.
2) Boleh dipercayai.
3) Hormat sahabat.
4) Terima sahabat kita tanpa syarat.


Itu hanya beberapa sahaja. Yang lain, korang pun boleh fikir sendiri kot. Kita kena lebih menghargai sahabat
yang kita miliki sekarang ini, jangan sampai di kemudian hari, kita menyesal, macam aku la. Aku bagi tau ni untuk semua dan juga untuk diri aku sendiri. Harap kita boleh jadi seseorang yang terbaik untuk sahabat kita. 



Okay, aku baru terjumpa satu video ni dekat Youtube, saja nak kongsikan dengan korang. Harap korang dapat menghayatinya.

Sebetulnya, aku rasa sebak je bila tengok video ni, entah la. :(

Aku suka hadis yang diorang bagi tau dlm video ni:

 Bahawa Sabda Nabi Muhammad S.A.W : 
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maknanya: Tidak sempurna iman seseorang sehinggakan kamu menyayangi sahabatmu seperti mana kamu menyayangi dirimu.


Nota  akhir: 
Bersahabatlah kerana Allah, barulah kita dapat rasa kemanisan dalam persahabatan. Wallahualam. :)


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa.....
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita.....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....
Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.....Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....Kita tidak tahu.
Tetapi..... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.....
RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.....

Salam sejahtera buat semua.
salam perpisahan
“Andai pertemuan punca perpisahan biarlah kematian menemukan semula.
Andai kematian punca perpisahan biarlah hidup penuh bermakna dan memberi erti yang nyata”
Dannny, komen di entri Kata-kata Hikmah -
*****
Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina semakin hampir ke penghujung. Mulai esok, kelas akan bermula semula dan kesibukan akan menjadi rutin harian.
Perpisahan dengan cuti kali ini akan membawa pertemuan kepada kehidupan pelajar Tahun Tiga yang mencabar.
*****
Mengikut pengalaman, kalau dah sampai masa tidur di waktu malam, jangan pergi beriadah teruk sangat. Nanti tak boleh tidur. Dengan tidur yang tak cukup tu, boleh pulak pergi beriadah lagi esoknya. Jadinya letih yang teramat sangat.
beliamuda: Separuh badan rasa sengal-sengal. Separuh lagi ok je.Overusedbahagian dominan.

There was an error in this gadget

tekan more untuk bagi makan

Lawatan kl Melaka Slideshow: Harimau’s trip from Sungai Petani, Kedah, Malaysia to Kuala Lumpur was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA